Saturday, 26 May 2012

Saya Hakira. Part 1

"Terima kasih Hakira"
Terdengar ucapan dia untuk kali terakhir sebelum nafas terakhir.
Menangis sedu di dalam wad itu.
Sunyi sepi menerpa tulang temulang
Yang kedengaran hanyalah bunyi ECG, decitan troli jururawat
bersama suara kesedihan.
Memori silam datang.

Kisahnya ini,
"Siapakah dia?" bisik aku dalam hati
mata ku menjuling ke arah budak botak
berseluar pendek, memakai jam tangan G-Shock merah menyala
"Siapa kau?" berbisik kecil dalam hati.
Aku datang dekat, dekat dan dekat.
Dushh! tergelincir dek lopak air sirap pelajar ketika waktu rehat.
Tak semena-mena, tangan kanan menghempap kepala budak botak itu.
Oh, budak Cina. Dia berkata
"Mengapa kamu memukul saya? saya tak berbuat apa-apa pun" mukanya seperti hendak menangis.
"Oh minta maaf, saya tak sengaja, aku hanya nak tanya kau saja". Aku bertanya.
Dia dengan loghat Cinanya " Kamu hendak tanya apa? tapi jangan buli la"
"Mana ada aku nak buli, aku nak tanya nama saja". Aku tersenyum, dia pun sekali.
"Ohh, tak pernah orang tanya nama saya, sebab saya botak macam ini. Nama saya Beng Huat, panggil saya Ah Beng saja"
Dan di situ bermula segalanya. Dan
Dia terus tersenyum

Walaupun kelas aku berlainan,
Tetapi tidak pernah aku tidak keluar rehat sekali sama dengan dia.
Sampaikan rakan-rakan yang lain mentertawakan kami seperti pasangan kekasih.
Aku sudahla berdarah kacukan Melayu-Jepun dan dia pula berbangsa Cina. Memang sepadanlah
Tapi pada satu tahun ini, aku berasa gembira kerana dapat sekelas dengan dia.
Seperti biasa, dia suka duduk di belakang kelas di sebelah tingkap.
Aku pernah bertanya kepada dia kenapa dia suka duduk di situ,
Dan dia menjawab, sejujurnya "Saya suka tengok langit, sebab suatu hari nanti langit akan menjemput saya ke sana." Smbil menuding jari di antara belahan awan.
aku pada waktu itu, tidak faham. Dan aku terus melabuhkan punggung duduk di sebelah dia.
Dia terus tersenyum.

Selama 5 tahun aku menjadi rakan semeja dia di sekolah rendah,
dan selama tempoh itu juga aku tidak pernah tahu di mana dia tinggal,
di mana ibu bapa dia dan setiap kali aku bertanyakan
Kau tinggal di mana? Dia pasti akan menuding jari ke langit dan berkata
"Itu rumah saya"
Pada suatu hari, aku tergerak hati untuk mengekori ke rumah dia.
Sepanjang perjalanan aku berasa takut dan kasihan melihat persekitaran Ah Beng dibesarkan.
Rumah-rumah rosak, berlubang, jalan tidak berturap, bangkai binatang berkeliaran.
Akhirnya, suatu rumah di hujung lorong kelam
Terlihat suatu rumah, di sebalik kawan itu, ada sebuah rumah yang seri dengan
bunga-bungaan dan dan pokok-pokok malar hijau.
Kaki aku melangkah. Dan tanpa kawalan badan, aku mengetuk pintu  dan memanggil dia.

Tup! Tup! Tup! Ah Beng!!
Beberapa saat kemudian, terdengar suara "ye datang"
Berdiri kelibat seorang wanita tua Cina dengan senyuman seperti Ah Beng.
"Adik cari siapa? Ah Beng ke?" tanya nenek itu.
"ye saya, dia ada tak?" nenek itu menggelengkan kepala.
"Dia keluar entah ke mana, eh, jemputlah masuk dulu" kata nenek
Pabila aku masuk sahaja ke dalam rumah, terlihat sebuah lubang di atap rumah.
Nenek yang aku juga rasa nenek kepada Ah Beng terlihat reaksi aku,
"lubang itu memang Ah Beng nak, dia tak benarkan saya baiki lubang, katanya nak tengok langit"
Dan nenek atau nama panggilan dia, nyonya menyediakan secawan teh o ais dengan biskut kering.
Aku bertanya " Ibu bapa Ah Beng kat mana?"
Nyonya menjawab "Ibu bapa dia sudah tiada, mati kemalangan"
Nampak raut sedih terpampang di wajah nenek. Tidak berani aku bertanya lagi.


Setelah tamat zaman sekolah rendah,



Akan bersambung.

No comments:

Post a Comment