kiri kanannya bangunan lama yang hampir roboh,dan berhantu
dipenuhi tumbuhan berego tinggi,menjalar dan meninggi.
"pinjamkan aku tidur kau untuk satu malam"
"kau gila atau hilang akal?"
"aku nak merasa mimpi-mimpi yang kau ada."
"aku tak pernah ada mimpi.semuanya nightmare"
"oscar wilde cakap - nightmares are dreams,too"
suara-suara sumbang,serak-serak basah bercampur garau- -menjadi satu suara yang tak berhenti untuk bercakap,menjerit dan menangis.
"kenapa jalan sorang sorang kat lorong sempit waktu senja senja ni?"
"aku nak lari,"
"pengecut"
"apa kau tahu pasal pengecut? apa kau tahu pasal aku?"
"bagi aku,pengecut adalah sejenis hidupan yang berani hidup meliar,tapi takut untuk bernafas. hidupan yang reti nak melangkah, tapi taktahu nak ke mana. hidupan yang cakap besar, tapi intinya najis. hidupan yang ada harga diri, tapi tak reti nak pakai"
"ah, kau bukan Tuhan aku!"
"alasan untuk pengecut yang nak larikan diri daripada dihakimi oleh yang melihat"
"ya, memang aku tak suka diperhati-jelas oleh manusia."
"maaf,aku bukan manusia."
"kau ingat ni cerita hantu? kononnya nak bercakap,tapi tak munculkan diri. di pengakhiran cerita, terpacul di depan mata,berselubung dengan kain putih dan tempek bedak tebal untuk pucatkan muka yang berkedut,tambah gigi taring yang berdarah,curi rambut palsu kedai nyonya, dan membuat aksi untuk mencekik atau paling dramatis aksi nak hisap darah, mengharapkan ada yang menjerit, dan tamat"
"aku sebahagian daripada diri kau sendiri. diri yang tak dipakai,diri yang tak dijaga rapi,diri yang kusut masai, diri yang nak diberi perhatian,diri yang dibenci kau sendiri."
***
guruh petir kilat tak ada dalam jalan cerita, cuma lorong sempit yang berbau bangkai, perbualan antara diri sendiri yang dah makin gila kerana dia tak dipercaya sekalian manusia tentang wujudnya Kisah Cinta Antara Manusia dan Seekor Raksasa sedangkan Shrek boleh hidup dengan Princess Fiona dengan bahagia.
No comments:
Post a Comment