Aku kasihan kepada kau.
Kau seperti boneka,
Di mainkan oleh jari jemari tak berisi,
Dengan atas nama Chenta,
Dia memukau kau dengan satu petikan,
Ahh, fatamorgana moden.
Buta secara total.
Dunia apa yang kau nampak?
Dunia separa realiti yang kau cipta bersama dia.
Jalan keluar?
Dia keluar, kau sesat dalam dunia kau.
Hebat sungguh seni ventrilokuis dia,
Kau hanya verbatim yang diarahkan oleh dia,
Pabila varian hasutan syaitan dan nafsu,
Amarah dan libido bertindak menjadi kaisar lubuk hati,
Tika itu, mengetuk minda kau
untuk sedar, bahawa kebenaran dan kebebasan dalam tangan kau,
Kau bukan Pinocchio,
Tak perlu menjadi budak baik untuk menjadi sebenar,
Sebenar kau azalinya manusia baik.
Waktu ini, tali yang mengikat kau,
menjadikan kau seperti boneka,
Lari daripada sebenar.
Ayuh taulan ku, ayuh
Tarik tali itu, dan jangan biar dia mengawal
Kau juga punya kebebasan.
No comments:
Post a Comment