Manusia itu alergi dengan banyak perkara,
Salah satu ialah pujian.
Pabila dipuji,
Riak, ujub, bertakhta di hati,
Pabila diangkat tinggi,
Hidung tinggi mengalahkan cenderawasih di angkasa,
Ucaplah segala puji bagi Allah,
Kerana Dia selayak layak segala pujian.
Huruf dan Figura
penulis bebas tanpa kertas
Thursday, 24 April 2014
Thursday, 14 February 2013
GANTUNG
Atau,
Ada sesuatu di hatimu,
Yang berbunga menanti mekar,
Membuatku layu,
Terpendam rasa sendiri.
Atau,
Aku tidak mengerti,
Luka pada jiwa,
Yang zahir pada wajahnya,
Kerna keras hatiku.
Maka ayuh,
Kita menghitung percaturan,
Merungkai simpulan siksa,
Agar terlerai,
Nafas syahdu dan dendam,
Ciptaan mainan minda,
Dalam meniti hari duka,
Sama dalam penantian.
Saturday, 14 July 2012
pasrah ...
bulan itu bakal tiba
peristiwa lama bermain di fikiran
memikirkan kebarangkalian
adakah ia akan berulang kembali
memang hati ini takut
lemah untuk menghadapinya
namun aku sedar
siapalah aku untuk mengawalnya
bukan aku yang mencipta
bukan aku yang memegang
kali ini aku pasrah
serahkan segala-galanya pada Dia
peristiwa lama bermain di fikiran
memikirkan kebarangkalian
adakah ia akan berulang kembali
memang hati ini takut
lemah untuk menghadapinya
namun aku sedar
siapalah aku untuk mengawalnya
bukan aku yang mencipta
bukan aku yang memegang
kali ini aku pasrah
serahkan segala-galanya pada Dia
Monday, 2 July 2012
"bila nak berhenti bergaduh?", suara serak-serak basah kedengaran di celah-celah semak samun belakang rumah Tok Mat sambil menguis-nguis tanah yang perlukan tangisan hujan.
aku melompat keluar dari tingkap dan meluru ke arah Sofea,perempuan yang aku paling tak suka dalam kampung ni.
"bro,apasal? gaduh dengan pakwe kau yang bajet kaya tu ke?", sapaan aku agak kasar,tapi disambut dengan senyuman oleh dia.
"kalau kau tak melompat untuk satu hari,tak boleh ke? lelaki memang tak lekang dari sifat nak tunjuk gah,kan?
em,mak ayah aku. they keep on fighting. keep on blaming each other.and,the worst thing is they have no trust for each other,anymore."
tangannya aku pegang dan bawa ke kawasan sawah yang menghijau; tanpa selipar.
"lain kali,kalau ada masalah,jangan di belakang rumah aku. bising,tau tak? sini kan luas,sejuk,tak ada manusia lain pun,kecuali orang-orang yang tak dapat menjalankan tugas seperti zaman nenek moyang kita dulu. burung pun tahu dia menipu."
Sofea mengesat air matanya dengan lengan baju kurung cotton ; baju kurung hari raya tahun lepas. cantik.
"kau tak ada mak ayah.kau takkan faham"
tersentap aku dengan pernyataan yang dia suarakan.
tersentap.
tapi,aku tetap cool. takkan nak menangis depan perempuan.
"ada hikmah aku tak ada mak ayah. semua hal aku boleh buat sendiri,semua. tok wan dengan nek wan aku pun tak larang. dan, kalau aku ada mak ayah dan mereka macam mak ayah kau, aku takkan duduk kat sini dah. aku keluar,hidup sendiri."
"kau tak ada perasaan,kan?"
"should i? should i think about them that have made sins and throw me away just like im their rubbish? should i have feelings toward someone who doesnt appreciate the existence of me as their son? even im an illegitimate child?"
"at least, you dont have to hear their harsh words toward each other"
"ayah kau ada perempuan lain ke? atau mak kau ada simpan lelaki lain ?"
"boleh sopan sikit tak dengan aku?"
"aku jenis berterus terang. senang"
"hm. mak aku kata ayah aku macam ada orang lain.aku dah cuba suruh fikir positif. tapi dia asyik cakap "jangan percaya lelaki sangat.""
sedar tak sedar, kami dah di tengah sawah. aku ajak dia bersandar di bawah pokok yang dah tua,dan agak besar. rendang,redup.
perbualan kami terhenti seketika disebabkan dia tak boleh berhenti menangis,dan aku bukan jenis yang reti pujuk orang.
diri sendiri pun tak terpujuk.
kebosanan aku untuk menunggu dia berhenti menangis menyebabkan soalan bodoh ini terkeluar dari anak tekak aku.;
"Sofea,pakwe kau tau?"
"budak bajet kaya yang kau cakap pakwe aku tu sebenarnya anak kawan mak aku. ayah dia dah bercerai, dan aku cuma anggap dia abang,tak lebih dari tu."
"aku tak tahu nak salahkan siapa. mak kau, atau ayah kau atau dua karakter yang mencelah masuk dalam keluarga kau. susah kalau tak reti nak kawal nafsu, susah kalau tak tahu nak hormat diri sendiri,dan orang lain.
Sofea, stop crying. it is annoying.please"
"maaf. maaf. aku dah lama pendam. aku dah tak boleh nak simpan, tak boleh. aku rimas."
"kalau macam tu,kau menangis lah puas puas.tapi bukan depan aku."
"kenapa kau benci aku?"
"sebab tok wan dengan nek wan aku selalu cerita pasal kau.aku menyampah."
"kau menyampah atau kau nak merasa disayangi dorang? kau nak rasa disayangi,kan?"
"nonsense"
"to be honest, i sometimes get jealous when my parents give their attention to their works,24 hours. who wants to be hated? who wants to be ignored? human and love cant be separated. i said,human.sometimes cat needs to be pampered,too"
"Sofea, dah berpuluh-puluh surat aku hantar kat mak ayah aku, satu pun tak dibalas.surat terakhir aku kandungannya cuma beberapa ayat;
mak ayah,
saya dah besar. saya dah nak masuk U. Seronok tak? lagi seronok kalau mak ayah ada untuk hantar saya ke sana. tapi tak apalah. mak ayah kan sibuk. keperluan saya semuanya cukup,jangan risau. cuma, boleh tak tolong post sekotak kasih sayang,ciuman dan pelukan? cuma satu kotak saja.
ikhlas,
your Sins
Sofea menundukkan kepalanya.
aku mengusap kepala Sofea.
hari ini hari kami menangis. tapi, mak ayah sibuk dengan hal masing-masing. mak ayah sibuk dengan kemarahan masing-masing. hari ini kami diabaikan,macam hari hari yang lain.
Sunday, 1 July 2012
Foolish mind of a human
You can give your heart to someone and eventually bleed
As time goes by, all those painful memories fly away because you meet someone new
You never learnt, you are repeating the same mistake
Until you are awake to realize that you are crushing to the ground
How funny it is to know that feelings can change in a split second
How foolish ourselves to believe that human can love eternally
But you are still clinging onto something that is not yet sure
Your heart can't just let go, the wound just getting deeper
When hope turns to regret
And regret turns to sorrow
And sorrow turns to hate
Lost in choices of road, roads of actions
Between good and bad, you just do not know what to choose
Nor what to do.
Pieces by pieces, you lost yourself, flying with the wind
Still unsure what to do
Friday, 8 June 2012
cebisan,kosong,perlina
kau kata akulah segala
memberi kau matahari tika siang
memberi kau bulan tika malam
menjadi pelita hidup
menerangi setiap kegelapan yang menyelubungi
perasaan bangga meresap di jiwa
sangkaku telah berbakti
namun kata kata kau
hanyalah omongan kosong
yang menerbitkan satu harapan dalam hati
kenyataan yang menyakitkan
aku tidaklah seterang yang aku sangkakan
cahaya ku hanyalah sementara
kini terbiar, semakin malap ditelan kegelapan dunia
akal diketuk,
tertanya sendiri,
siapa aku untuk jadi tuhan?

Thursday, 7 June 2012
BERSIH
Bukalah capahan minda agung kurniaan tuhan,
Yang menghalang mu,
dari dilingkari jerat penindasan,
dan kejam pemerintahan,
diktator itu tidak lagi nyata mengerah kudratmu,
tetapi pucuknya hitam ,
umpama parasit terbuta mata,
melihat indahnya dunia.
Pimpinan itu
menjadi cukup asing,
Dari sejarah gah
membela bangsa,
Kepada hanyut
menepis fitnah dan tuduhan,
Entah kan betul
entah kan tidak,
Aneh,
Generasi kini
dididik menjadi celik,
Boleh membaca
tindak tanduk dan simpulan kata,
Mengapa masih
dibiar berleluasa yang salah,
Dibiar luka
menjadi nanah,
Hingga ke jalanan
wargamu bertingkah.
Saturday, 2 June 2012
done hoping.
tak tahu.
segala sistem JalanTakPandang dah diaktifkan
suara-suara sumbang kembali menjadi penyanyi jalanan
nafas untuk berlari cuma untuk lepaskan diri
langkah menjadi laju dan
jantung bagi isyarat "2o% left.Please recharge"
lalu dunia seperti kehabisan elektrik dan gelap.
tak tahu.
nak sampaikan tapi tak kesampaian
nak ungkapkan tapi tak terungkap
nak nyatakan tapi takutkan kenyataan.
tak tahu.
rasa jadi kelat.
sejujurnya aku teringin nak berikan kau satu tumbukan
untuk kau tahu yang jiwa perempuan bukan taman permainan.
sekali lagi,tolong pergi jauh-jauh
dan matikan terus segala sistem untuk kau kenal aku,lagi.
Sunday, 27 May 2012
Mati ialah Abadi.
Tak pernah aku melihat alur batang hidungnya,
dengan begitu dekat,
Nafsu serakah menjengah,
Tetapi ku tolak,
Mata ke mata,
Hidung bertemu hidung,
Mulut bertemu mulut,
Satu ciuman sahaja,
Aku tekan dada yang montok,
Berulang kali,
Tetapi tiada kedengaran nafas kepuasan,
Hanya untuk memberi nafas,
Resusitasi,
Cinta yang telah mati,
Yang tiada nafsu untuk hidup.
dengan begitu dekat,
Nafsu serakah menjengah,
Tetapi ku tolak,
Mata ke mata,
Hidung bertemu hidung,
Mulut bertemu mulut,
Satu ciuman sahaja,
Aku tekan dada yang montok,
Berulang kali,
Tetapi tiada kedengaran nafas kepuasan,
Hanya untuk memberi nafas,
Resusitasi,
Cinta yang telah mati,
Yang tiada nafsu untuk hidup.
Saturday, 26 May 2012
Saya Hakira. Part 1
"Terima kasih Hakira"
Terdengar ucapan dia untuk kali terakhir sebelum nafas terakhir.
Menangis sedu di dalam wad itu.
Sunyi sepi menerpa tulang temulang
Yang kedengaran hanyalah bunyi ECG, decitan troli jururawat
bersama suara kesedihan.
Memori silam datang.
Kisahnya ini,
"Siapakah dia?" bisik aku dalam hati
mata ku menjuling ke arah budak botak
berseluar pendek, memakai jam tangan G-Shock merah menyala
"Siapa kau?" berbisik kecil dalam hati.
Aku datang dekat, dekat dan dekat.
Dushh! tergelincir dek lopak air sirap pelajar ketika waktu rehat.
Tak semena-mena, tangan kanan menghempap kepala budak botak itu.
Oh, budak Cina. Dia berkata
"Mengapa kamu memukul saya? saya tak berbuat apa-apa pun" mukanya seperti hendak menangis.
"Oh minta maaf, saya tak sengaja, aku hanya nak tanya kau saja". Aku bertanya.
Dia dengan loghat Cinanya " Kamu hendak tanya apa? tapi jangan buli la"
"Mana ada aku nak buli, aku nak tanya nama saja". Aku tersenyum, dia pun sekali.
"Ohh, tak pernah orang tanya nama saya, sebab saya botak macam ini. Nama saya Beng Huat, panggil saya Ah Beng saja"
Dan di situ bermula segalanya. Dan
Dia terus tersenyum
Walaupun kelas aku berlainan,
Tetapi tidak pernah aku tidak keluar rehat sekali sama dengan dia.
Sampaikan rakan-rakan yang lain mentertawakan kami seperti pasangan kekasih.
Aku sudahla berdarah kacukan Melayu-Jepun dan dia pula berbangsa Cina. Memang sepadanlah
Tapi pada satu tahun ini, aku berasa gembira kerana dapat sekelas dengan dia.
Seperti biasa, dia suka duduk di belakang kelas di sebelah tingkap.
Aku pernah bertanya kepada dia kenapa dia suka duduk di situ,
Dan dia menjawab, sejujurnya "Saya suka tengok langit, sebab suatu hari nanti langit akan menjemput saya ke sana." Smbil menuding jari di antara belahan awan.
aku pada waktu itu, tidak faham. Dan aku terus melabuhkan punggung duduk di sebelah dia.
Dia terus tersenyum.
Selama 5 tahun aku menjadi rakan semeja dia di sekolah rendah,
dan selama tempoh itu juga aku tidak pernah tahu di mana dia tinggal,
di mana ibu bapa dia dan setiap kali aku bertanyakan
Kau tinggal di mana? Dia pasti akan menuding jari ke langit dan berkata
"Itu rumah saya"
Pada suatu hari, aku tergerak hati untuk mengekori ke rumah dia.
Sepanjang perjalanan aku berasa takut dan kasihan melihat persekitaran Ah Beng dibesarkan.
Rumah-rumah rosak, berlubang, jalan tidak berturap, bangkai binatang berkeliaran.
Akhirnya, suatu rumah di hujung lorong kelam
Terlihat suatu rumah, di sebalik kawan itu, ada sebuah rumah yang seri dengan
bunga-bungaan dan dan pokok-pokok malar hijau.
Kaki aku melangkah. Dan tanpa kawalan badan, aku mengetuk pintu dan memanggil dia.
Tup! Tup! Tup! Ah Beng!!
Beberapa saat kemudian, terdengar suara "ye datang"
Berdiri kelibat seorang wanita tua Cina dengan senyuman seperti Ah Beng.
"Adik cari siapa? Ah Beng ke?" tanya nenek itu.
"ye saya, dia ada tak?" nenek itu menggelengkan kepala.
"Dia keluar entah ke mana, eh, jemputlah masuk dulu" kata nenek
Pabila aku masuk sahaja ke dalam rumah, terlihat sebuah lubang di atap rumah.
Nenek yang aku juga rasa nenek kepada Ah Beng terlihat reaksi aku,
"lubang itu memang Ah Beng nak, dia tak benarkan saya baiki lubang, katanya nak tengok langit"
Dan nenek atau nama panggilan dia, nyonya menyediakan secawan teh o ais dengan biskut kering.
Aku bertanya " Ibu bapa Ah Beng kat mana?"
Nyonya menjawab "Ibu bapa dia sudah tiada, mati kemalangan"
Nampak raut sedih terpampang di wajah nenek. Tidak berani aku bertanya lagi.
Setelah tamat zaman sekolah rendah,
Akan bersambung.

Friday, 25 May 2012
terimakasih kerana dah mati.
kita berpegang tangan sambil tersenyum dan menari
berjalan tak tengok orang,dunia ini seperti dah mati
kau panggil aku sayang,
kau beri aku ruang untuk bermimpi.
malam ini seperti selalu
malam ini bulan terang tak menentu
malam ini lagi sekali aku bercinta dengan hantu.
Tuesday, 22 May 2012
jamban ada perasaan.
jalan berlecak,kotor dan dua tiga ekor tikus berlumba lumba mengejar kucing debab,
kiri kanannya bangunan lama yang hampir roboh,dan berhantu
dipenuhi tumbuhan berego tinggi,menjalar dan meninggi.
"pinjamkan aku tidur kau untuk satu malam"
"kau gila atau hilang akal?"
"aku nak merasa mimpi-mimpi yang kau ada."
"aku tak pernah ada mimpi.semuanya nightmare"
"oscar wilde cakap - nightmares are dreams,too"
suara-suara sumbang,serak-serak basah bercampur garau- -menjadi satu suara yang tak berhenti untuk bercakap,menjerit dan menangis.
"kenapa jalan sorang sorang kat lorong sempit waktu senja senja ni?"
"aku nak lari,"
"pengecut"
"apa kau tahu pasal pengecut? apa kau tahu pasal aku?"
"bagi aku,pengecut adalah sejenis hidupan yang berani hidup meliar,tapi takut untuk bernafas. hidupan yang reti nak melangkah, tapi taktahu nak ke mana. hidupan yang cakap besar, tapi intinya najis. hidupan yang ada harga diri, tapi tak reti nak pakai"
"ah, kau bukan Tuhan aku!"
"alasan untuk pengecut yang nak larikan diri daripada dihakimi oleh yang melihat"
"ya, memang aku tak suka diperhati-jelas oleh manusia."
"maaf,aku bukan manusia."
"kau ingat ni cerita hantu? kononnya nak bercakap,tapi tak munculkan diri. di pengakhiran cerita, terpacul di depan mata,berselubung dengan kain putih dan tempek bedak tebal untuk pucatkan muka yang berkedut,tambah gigi taring yang berdarah,curi rambut palsu kedai nyonya, dan membuat aksi untuk mencekik atau paling dramatis aksi nak hisap darah, mengharapkan ada yang menjerit, dan tamat"
"aku sebahagian daripada diri kau sendiri. diri yang tak dipakai,diri yang tak dijaga rapi,diri yang kusut masai, diri yang nak diberi perhatian,diri yang dibenci kau sendiri."
***
guruh petir kilat tak ada dalam jalan cerita, cuma lorong sempit yang berbau bangkai, perbualan antara diri sendiri yang dah makin gila kerana dia tak dipercaya sekalian manusia tentang wujudnya Kisah Cinta Antara Manusia dan Seekor Raksasa sedangkan Shrek boleh hidup dengan Princess Fiona dengan bahagia.
Subscribe to:
Comments (Atom)